Assalamualaikum :DSebelum sya kmbali berjihad d SAINA keesokan arynya..sya nk kongsi serba sedikit dgn korang. Ilmu ni saya ambik dari blog Eiyna d'Amor. Renung2kanlah....
بسم الله
"Barangsiapa tidak menyayangi maka tidak akan disayang"
(riwayat Imam Bukhari; disahihkan Syaikh Al-Albani)
Apabila seorang lelaki mula bercakap tentang tubuh seorang perempuan kpd sahabatnya, apakah masih tinggi nilai perempuan yg dikatakan?? Akuan sendiri seorang lelaki, hanya wanita 'terpilih' sahaja yg akan diperkatakan?? apakah yg dimaksudkan dgn istilah 'terpilih' mereka?? Duhai kaum hawa, pakaian yg kita pakai, mampu ditembusi mata mereka. Apatah lagi dengan memberi 'rezeki' percuma. Kita mungkin memandang mudah perkara aurat ngn pakaian..tetapi mata seorang lelaki bukan se'simple' yg kita tahu. Diakui sendiri oleh kaum adam, apabila datangnya seorang wanita di hadapan mereka, automatik mata akan tersorot. Pedih telinga mendengar kata2 yg dilemparkan terhadap wanita yg murah harganya. "BODY MEMANG BEST, MUKA AGAKLAA..BIASA-BIASA" Menjadi wanita bukan mudah, adab sopannya perlu dijaga, pakaian litupnya perlu telili, pandangan matanya harus dikawal, lenggok langkahnya menjadi tatapan.
KESALAHAN BERPAKAIAN YG DILAKUKAN TANPA DISEDARI
Mencari cinta seorang lelaki bukan mudah yg disangka. Cinta bernafsu mudah dicari, cinta utk dilindungi bukan semua mengerti.
Perempuan sangat takut ditinggalkan kekasih ataupun suami disebabkan cinta lelaki adalah sumber harga diri yang paling utama kepada perempuan. Apabila seseorang perempuan yakin dirinya diingini oleh lelaki, dia berasa dirinya seorang yang sangat istimewa. Perasaan seperti itu menaikkan harga diri perempuan.
Cinta lelaki sememangnya meningkatkan harga diri perempuan. Ini berlaku sama ada lelaki itu kekasihnya, bukan kekasihnya mahupun suaminya. Apabila seseorang gadis tahu ada pemuda yang meminati dirinya maka dia berasa dirinya sungguh istimewa, meskipun dia tidak semestinya berminat membalas cinta pemuda itu.
Mereka berharap, dengan memperbaiki penampilan fizikal keinginan seksual pasangan mereka akan marak semula dan dapatlah mereka menambat kembali hati pasangannya. Didorong oleh harapan itu mereka membuat pelaburan yang banyak cuba mendapatkan semula kecantikan mereka dan kalau boleh, menambahkan lagi kecantikan mereka.
Harapan palsu itulah yang menjadi modal utama kemajuan industri kejelitaan di seluruh dunia. Industri itu mengeksploitasi kelemahan perempuan. Ia menjual barang-barang kejelitaan dengan harga yang amat mahal kepada pelanggannya. Di sebalik barang-barang yang dijual itu, sebenarnya mereka menjual harapan palsu demi harapan palsu, kepada perempuan-perempuan yang salah sangka sama sekali mengenai perkaitan antara kejelitaan dengan cinta lelaki dan kebahagiaan.
Memanglah lelaki mementingkan rupa paras perempuan. Malah faktor rupa paras adalah faktor yang mula-mula berperanan mencetuskan minat dan keinginan seksual lelaki kepada seseorang perempuan. Tetapi peranan penampilan fizikal hanya amat penting pada peringkat paling awal perkenalan, sesudah itu tidak lagi. Tempatnya diambil alih oleh banyak faktor-faktor lain. Salah satu faktor yang lebih penting daripada rupa paras untuk menarik minat seksual pasangan ialah personaliti perempuan. Namun, lazimnya kebanyakan perempuan tidak peduli meningkatkan daya tarikan pada personaliti mereka. Malah ramai yang tidak peduli pun hendak memahami apa bendanya yang dikatakan ‘personaliti’ itu.
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam.
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya.
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya.
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat pada hati untuk dicintainya.
Yakinlah, Allah menentukan yg terbaik untukmu..
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya.
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya.
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat pada hati untuk dicintainya.
Yakinlah, Allah menentukan yg terbaik untukmu..








